Ada nak tanya??? Meh contact Kak Roha


SYARAT PEMBELIAN

PENGEPOSAN
- Pengeposan akan dilakukan SEHARI SELEPAS bayaran penuh diterima
( Bayaran yang masuk sebelum jam 6.00 ptg sahaja )
- Bayaran yg diterima selepas jam 6.00 ptg pesanan akan dipos pada HARI BERIKUTNYA (lusa)
- Pesanan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU / PARCEL.
- Selepas Pengeposan, pesanan akan diterima selepas 1-3 HARI utk POS LAJU dan 3-5 HARI utk POS PARCEL dan bergantung pada tempat
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT barangan
(tanya dulu dengan Kak Roha nak tambah berapa RM untuk kos pos ye)
- Kak Roha tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran.
- No. jejak (Consignment No.) akan di beri diatas permintaan sahaja

PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada Kak Roha (sejurus SELEPAS pembayaran dibuat) melalui SMS ke 012-3621376

SMS :-
SILA NYATAKAN

NAMA :-
(NAMA PENUH : perlu sbb kalau brg gagal serah pihak pos perlu pengesahan nama mengikut IC dan nama di Consignment mesti sama dengan nama pihak yg datang tuntut barang

ALAMAT PENGEPOSAN :-
(ALAMAT PENUH : sila pastikan sentiasa ada penghuni waktu siang dan kak Roha tak galakkan guna alamat P.O box sbb tiada orang yang akan sign surat akuterima nanti ... so barang mgkn kene tuntut dekat Pejabat Pos)

NO. H/PHONE :-
(Untuk proses pengeposan)

BARANGAN YANG DIBELI :-
(Contoh : 1 Set Bersalin Nona Roguy)

JUMLAH BAYARAN DAN BANK MANA :-
(Contoh : RM296 Maybank)

Cari Barang

Memuatkan ...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Inai Hitam Herba V’Asia

Inai Hitam +Herba V’Asia



HARGA PASARAN : RM26.00
HARGA PROMOSI : RM23.00

Inai Hitam Herba V’Asia dihasilkan dari ramuan organik tanpa ammonia dan mengandungi pelbagai jenis ramuan semulajadi yang kaya dengan vitamin, protein dan mineral dan amat berkesan untuk membantu menukar rambut beruban menjadi perang dan berkilat, di samping melembap dan menyihatkan akar rambut secara semulajadi. Ia mudah, suci dan selamat untuk digunakan.

Set mengandungi :-
Inai Hitam 1 (20 ml)
Inai Hitam 2 (20 ml)
Sarung tangan

Khasiat :-
Menukar rambut beruban kepada warna hitam
Melembapkan rambut dan kulit kepala
Menyihatkan akar rambut
Mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur
Merawat hujung rambut yang bercabang
Membekalkan nutrisi kepada kulit kepala
Melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak

Kandungan :-

Inai (Lawsonia Inermis): 
Selain berperananan membantu mengatasi masalah keguguran rambut, daun inai mengandungi glukosid dan asid henotanik yang bertindak sebagai bahan pewarna dan bergabung dengan kolagen yang terkandung di dalam rambut untuk menukar warna rambut.

Noni (Morinda Citrifolio): 
Buah noni atau lebih dikenali sebagai mengkudu yang ternyata mengandungi pelbagai khasiat bersumberkan vitamin, mineral dan protein untuk membantu merawat masalah rambut gugur dan kelemumur di samping melembut dan melembapkan kulit kepala. Herba yang bersifat antioksidan ini juga sarat dengan zat terpenoid yang berperanan membantu memperbaiki sel-sel pada tubuh.

Pro-Vitamin B5: 
Pro-Vitamin B5 yang turut dikenali sebagai Panthenol sering terkandung dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.

Susu Kambing: 
Susu kambing sebenarnya mengandungi lebih banyak nutrien berbanding dengan susu lembu, selain kaya dengan kalsium, protein, fosforus, vitamin B2 dan kalium. Susu kambing membantu melembut dan menjadikan rambut lebih terurus, di samping mengatasi masalah kelemumur dan melembapkan kulit kepala.

Zaitun: 
Selain membantu mencantikkan kulit, ekstrak zaitun juga berupaya membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur, uban dan melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak. Selain itu juga, ia juga membantu mengurangkan rambut gugur, membekalkan nutrisi kepada kulit kepala di samping meningkatkan pertumbuhan rambut.

Cara Guna:
Basahkan rambut
Bancuh Inai Hitam 1 dan Inai Hitam 2 dan kacau hingga sebati
Pakai sarung tangan dan ratakan campuran inai pada rambut
Biarkan selama 5 minit
Bilas dengan air sehingga bersih
Keringkan rambut

PERHATIAN :
1. Jauhkan dari bulu mata, kening, mata dan kulit
2. Jika rambut anda baru sahaja diwarnakan atau dikerintingkan, tunggu selama 7 hari sebelum menggunakan produk ini
3. Jika terdapat alahan atau reaksi pada kulit, bilas dengan bersih dan dapatkan rawatan susulan
4. Jika campuran inai terkena pada kulit, lap dengan tisu atau tuala
5. Jauhkan dari kanak-kanak
6. Jangan hidu atau telan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan