Ada nak tanya??? Meh contact Kak Roha


SYARAT PEMBELIAN

PENGEPOSAN
- Pengeposan akan dilakukan SEHARI SELEPAS bayaran penuh diterima
( Bayaran yang masuk sebelum jam 6.00 ptg sahaja )
- Bayaran yg diterima selepas jam 6.00 ptg pesanan akan dipos pada HARI BERIKUTNYA (lusa)
- Pesanan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU / PARCEL.
- Selepas Pengeposan, pesanan akan diterima selepas 1-3 HARI utk POS LAJU dan 3-5 HARI utk POS PARCEL dan bergantung pada tempat
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT barangan
(tanya dulu dengan Kak Roha nak tambah berapa RM untuk kos pos ye)
- Kak Roha tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran.
- No. jejak (Consignment No.) akan di beri diatas permintaan sahaja

PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada Kak Roha (sejurus SELEPAS pembayaran dibuat) melalui SMS ke 012-3621376

SMS :-
SILA NYATAKAN

NAMA :-
(NAMA PENUH : perlu sbb kalau brg gagal serah pihak pos perlu pengesahan nama mengikut IC dan nama di Consignment mesti sama dengan nama pihak yg datang tuntut barang

ALAMAT PENGEPOSAN :-
(ALAMAT PENUH : sila pastikan sentiasa ada penghuni waktu siang dan kak Roha tak galakkan guna alamat P.O box sbb tiada orang yang akan sign surat akuterima nanti ... so barang mgkn kene tuntut dekat Pejabat Pos)

NO. H/PHONE :-
(Untuk proses pengeposan)

BARANGAN YANG DIBELI :-
(Contoh : 1 Set Bersalin Nona Roguy)

JUMLAH BAYARAN DAN BANK MANA :-
(Contoh : RM296 Maybank)

Cari Barang

Memuatkan ...

Isnin, 19 Mei 2014

SET BERSALIN SENDAYU TINGGI

SET BERSALIN SENDAYU TINGGI



SET TANPA BENGKUNG 
HARGA PASARAN : RM386.00 
HARGA PROMOSI : RM360.00


Ammy Sixty Days capsule (6 botol = dari hari 1 hingga ke 60)
Ammy Heat
Ammy Massage
Oil Of Telon
Tummy Tone
Body Tone


SET DENGAN BENGKUNG 
HARGA PASARAN : RM426.00
HARGA PROMOSI : RM395.00 


Ammy Sixty Days capsule (6 botol = dari hari 1 hingga ke 60)
Ammy Heat
Ammy Massage
Oil Of Telon
Tummy Tone
Body Tone
Bengkung (free size)

PENJAGAAN DALAMAN

1. Ammy Sixty Days (1-10 Hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang.
Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh.
Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan perjalanan darah tanpa rasa rengat atau sakit.

2. Ammy Sixty Days (11-20 Hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.

3. Ammy Sixty Days (21-30 Hari)
Merapatkan otot-otot rahim dan tulang punggung selain membaikpulih luka dalaman setelah bersalin. Selain itu, ia memberikan ibu tenaga dan menambah darah.

4. Ammy Sixty Days (31-40 Hari)
Dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambah darah selain memberikan ibu tenaga. Ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal.
Ia juga bertindak memngembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.

5. Ammy Sixty Days (41-50 Hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Ia mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.

6. Ammy Sixty Days (51-60 Hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini akan membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinankepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.

PENJAGAAN LUARAN

1. Ammy Heat
Digunakan bersama Ammy Massage ketika proses mengurut.
Membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi.
Sesuai juga untuk orang tua yang sakit urat dan sendi.

2. Ammy Massage
Digunakan untuk mengurut tubuh
Membantu melegakan ketegangan otot dan membetulkan urat-urat selepas bersalin.
Melancarkan perjalan darah, menghaluskan kulit,menjauhkan angin meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.

3. Oil of Telon (Minyak Bayi)
Diperbuat daripada herba terpilih yang tidak panas dan sesuai untuk bayi.
Membantu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak.
UNTUK SAPUAN LUARAN SAHAJA.

4. Tummy Tone
Ubatan herba serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka.
Khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama di bahagian perut dan paha ketika mengandung.
Bertindak mengecutkan otot luaran perut.

5. Body Tone
Diperbuat khusus daripada herba unik seperti buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning.
Membantu mengembalikan kecantikan asal tubuh, mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.

CARA PENGGUNAAN:-

1. Ammy 60 Days Untuk permulaan, makan 2 biji kapsul 3 kali sehari (pada waktu pagi, tengahari dan petang) mengikut botol yang telah ditetapkan. (Kepada ibu yang menyusukan anak, sekiranya bayi mengalami cirit-birit dan ruam, sila kurangkan dos pengambilan kepada 2 biji kapsul untuk
2 kali sehari). Sekiranya selepas 60 hari ada kapsul yang berbaki, ulangi pengambilan kapsul pada hari ke-61 bermula daripada botol yang pertama dan seterusnya.

2. Ketika diurut gunakan Ammy Massage yang dicampur dengan Ammy Heat. Selepas diurut, badan tidak perlu dibasuh kerana ia akan meresap ke dalam badan, memanaskan badan dan menghaluskan kulit secara perlahan-lahan.

3. Campurkan Body Tone dengan sedikit air kemudian sapukan ke seluruh badan. Ia mampu menyegar, memanas dan mencantikkan kulit serta mengelakkan badan dari dimasuki angin.

4. Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air, cuka dan perahan limau nipis, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering kemudian barulah memakai bengkung. Ia bertujuan mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama pada bahagian perut dan paha ketika mengandung. Manakala wanita yang bersalin melalui pembedahan, jarakkan sapuan pada perut sebanyak dua hingga tiga inci.

5. Selepas memakai bengkung, sapu Ammy Heat dari buku lali ke bawah hingga hujung kaki sebelum memakai stokin bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
Bagi wanita yang bersalin secara normal digalakkan bertungku, berbengkung, mandi wap herba dan sebaik-baiknya mengamalkan mandi herba selama seminggu selepas bersalin.
Manakala wanita yang bersalin secara pembedahan elakkan daripada bertungku dan berbengkung.

Perhatian: Wanita yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah gatal-gatal atau ruam. Bagi mengatasinya hentikan penggunaan Tummy Tone dan Body Tone tetapi teruskan pengambilan kapsul Ammy Sixty Days. Sekiranya tetap ingin menggunakannya, sapu Tummy Tone dan Body Tone dengan sapuan yang amat tipis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan