Ada nak tanya??? Meh contact Kak Roha


SYARAT PEMBELIAN

PENGEPOSAN
- Pengeposan akan dilakukan SEHARI SELEPAS bayaran penuh diterima
( Bayaran yang masuk sebelum jam 6.00 ptg sahaja )
- Bayaran yg diterima selepas jam 6.00 ptg pesanan akan dipos pada HARI BERIKUTNYA (lusa)
- Pesanan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU / PARCEL.
- Selepas Pengeposan, pesanan akan diterima selepas 1-3 HARI utk POS LAJU dan 3-5 HARI utk POS PARCEL dan bergantung pada tempat
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT barangan
(tanya dulu dengan Kak Roha nak tambah berapa RM untuk kos pos ye)
- Kak Roha tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran.
- No. jejak (Consignment No.) akan di beri diatas permintaan sahaja

PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada Kak Roha (sejurus SELEPAS pembayaran dibuat) melalui SMS ke 012-3621376

SMS :-
SILA NYATAKAN

NAMA :-
(NAMA PENUH : perlu sbb kalau brg gagal serah pihak pos perlu pengesahan nama mengikut IC dan nama di Consignment mesti sama dengan nama pihak yg datang tuntut barang

ALAMAT PENGEPOSAN :-
(ALAMAT PENUH : sila pastikan sentiasa ada penghuni waktu siang dan kak Roha tak galakkan guna alamat P.O box sbb tiada orang yang akan sign surat akuterima nanti ... so barang mgkn kene tuntut dekat Pejabat Pos)

NO. H/PHONE :-
(Untuk proses pengeposan)

BARANGAN YANG DIBELI :-
(Contoh : 1 Set Bersalin Nona Roguy)

JUMLAH BAYARAN DAN BANK MANA :-
(Contoh : RM296 Maybank)

Cari Barang

Memuatkan ...

Khamis, 6 Jun 2013

SET BERSALIN ANUGERAH NORMAL

SET BERSALIN ANUGERAH 
 SET NORMAL


HARGA PASARAN : RM199.00
HARGA PROMOSI: RM190.00
FREE POS 


Set Bersalin Normal Anugerah mengandungi:-
- 50 ml Minyak Telon Anugerah
- 30 ml Minyak Pilis Anugerah
- 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah
- 150 ml Losyen Sejuta Khasiat Anugerah
- 200 ml Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
- 6 uncang Mandian/Sauna herba Anugerah
- 100 ml Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah


Wanita dan kecantikan memang tidak boleh di pisahkan. Majoriti wanita ingin kelihatan menawan lebih-lebih lagi bagi yang sudah berumahtangga, kerana adalah merupakan tanggungjawap yang dituntut dalam islam bagi seorang isteri untuk berhias demi suami. Namun begitu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita sudah beranak ialah kesukaran untuk mengembalikan tubuh badan seperti anak dara dulu. Malah keadaan bertambah sukar apabila ada yang mengalami penyakit kronik selepas bersalin seperti darah tinggi, buasir, meroyan dan lesu serta tidak bermaya. Emosi wanita selepas bersalin juga lebih sensitif terutamanya jika berat badan atau penampilan diri yang diimpikan tidak dikecapi. Ini akan membuatkan mereka rasa rendah diri untuk berhadapan dengan orang ramai.



Memahami keadaan sekarang tidak mengizinkan kaedah berpantang seperti dulu, Set Bersalin Anugerah - Set Normal diperkenalkan agar wanita-wanita moden dapat memulihkan kesihatan dan penampilan selepas bersalin dengan mudah dan selamat. Ia juga boleh dikatakan sebagai langkah permulaan bagi mereka yang percaya dengan kaedah berpantang untuk mencuba keberkesanannya. Set bersalin Anugerah - Set Normal juga adalah sangat istimewa kerana ia mengabungkan 2 kombinasi penting iaitu dunia perubatan Islam dan perubatan moden. Setiap ramuan didalam set bersalin Anugerah - Set Normal ini telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan agar ibu dan bayi dibaluti dengan mukjizat qalam Allah.



Selain dari bacaan 30 juzuk Al-Quran, Set Bersalin Anugerah - Set Normal telah ditenagakan lagi dengan doa-doa qalam suci Al-Quran seperti :-


Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah, Surah Al-Buruj, Surah Al-Raaf, Surah Taubah, Surah Yunus, Surah An-Nahl, Surah Al-Israa, Surah Asyu'ara, Surah Fusilat, Surah Ankabut, Asma Ul-Husna. Selain itu set bersalin Anugerah-Set Normal ini diadunkan dengan herba dan kayu kayan yang sering digunakan oleh bidan-bidan kampung suatu masa dahulu. Kebanyakkan hasil hutan ini semakin pupus dan luput ditelan zaman. Diantaranya ialah kayu serapat, lada pintal, tahi angin, kayu mahsuri, daun salam, tongkat ali putih, daun tanduk rusa, temu kunci, daun lempoyang dan banyak lagi. Ini adalah antara bahan yang membuatkan set Bersalin Anugerah - Set Normal ini sangat penting untuk wanita bersalin.

Kita sering bertanya mengapa wanita zaman dulu mampu mengembalikan bentuk badan yang baik walaupun mempunyai anak yang ramai. Rahsianya adalah di dalam khasiat herba dan kaedah berpantang yang diikuti. Herba-herba yang digunakan oleh nenek moyang kita mempunyai sifat pemeliharaaan dan pemulihan anatomi dalaman wanita.

InsyaAllah, kombinasi Al-Quran dan khasiat di dalam set bersalin Anugerah – Set Normal ini mampu mengembalikan tenaga, kesihatan dan mempercepatkan proses pemulihan bagi ibu-ibu bersalin. sebagai umat kita hanya mampu berusaha dan mengharapkan keredhaan Allah.

2 ulasan:

  1. KAK.. SY NAK TYE SET YG HARGA 288.00 TU ADA X? DALAM DIE ADA 10 BARANG TERMASUK BENGKONG..

    BalasPadam