Ada nak tanya??? Meh contact Kak Roha


SYARAT PEMBELIAN

PENGEPOSAN
- Pengeposan akan dilakukan SEHARI SELEPAS bayaran penuh diterima
( Bayaran yang masuk sebelum jam 6.00 ptg sahaja )
- Bayaran yg diterima selepas jam 6.00 ptg pesanan akan dipos pada HARI BERIKUTNYA (lusa)
- Pesanan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU / PARCEL.
- Selepas Pengeposan, pesanan akan diterima selepas 1-3 HARI utk POS LAJU dan 3-5 HARI utk POS PARCEL dan bergantung pada tempat
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT barangan
(tanya dulu dengan Kak Roha nak tambah berapa RM untuk kos pos ye)
- Kak Roha tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran.
- No. jejak (Consignment No.) akan di beri diatas permintaan sahaja

PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada Kak Roha (sejurus SELEPAS pembayaran dibuat) melalui SMS ke 012-3621376

SMS :-
SILA NYATAKAN

NAMA :-
(NAMA PENUH : perlu sbb kalau brg gagal serah pihak pos perlu pengesahan nama mengikut IC dan nama di Consignment mesti sama dengan nama pihak yg datang tuntut barang

ALAMAT PENGEPOSAN :-
(ALAMAT PENUH : sila pastikan sentiasa ada penghuni waktu siang dan kak Roha tak galakkan guna alamat P.O box sbb tiada orang yang akan sign surat akuterima nanti ... so barang mgkn kene tuntut dekat Pejabat Pos)

NO. H/PHONE :-
(Untuk proses pengeposan)

BARANGAN YANG DIBELI :-
(Contoh : 1 Set Bersalin Nona Roguy)

JUMLAH BAYARAN DAN BANK MANA :-
(Contoh : RM296 Maybank)

Cari Barang

Memuatkan ...

Selasa, 18 Disember 2012

MINYAK ANUGERAH

MINYAK ANUGERAH

MENGHINDARI AMALAN SIHIR


HARGA : RM48

Minyak Anugerah ini khas untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga dari menjadi mangsa amalan ilmu sihir.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Menghindari Amalan Sihir :

1. Berdiri menghadap kiblat
2. Bacakan Al-Fatihah
3. Bacakan 3 Qul
4. Selawat 3 kali

Sapukan sedikit Minyak Anugerah di bahagian tengkuk, kedua-dua kening, telinga dan pelipat tangan sambil lafazkan niat kepada Allah SWT agar dijauhkan dari gangguan jin, iblis dan syaitan

Selain itu boleh disapu juga Minyak Anugerah ini pada mana-mana bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan

Bagi anak-anak kecil yang diganggu atau menangis waktu malam:- 
Disapukan pada ubun-ubun, kening, kedua-dua cuping telinga dan buku lali anak

Bagi gangguan di sekitar rumah, pejabat dan kedai:
Tuang beberapa titis Minyak Anugerah ini di dalam bekas atau botol spray untuk semburan sambil membaca Al-Fatihah
 Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil bacakan 3 Qul dan selawat sebanyak 3 kali
 Semburkan air di sekeliling tempat yang diganggu


KEHARMONIAN RUMAH TANGGA
HARGA : RM48

Minyak Anugerah ini sesuai untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga dan kasih sayang antara suami isteri.

Minyak Anugerah ini diperolehi dari kasturi kijang yang sering disebut sebagai minyak seribu guna. Kini ianya diperkuatkan dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat suci Al-Quran khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk mengembalikan aura keharmonian dan perasaan kasih sayang di antara pasangan suami isteri.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Keharmonian Rumah Tangga :
1. Berdiri menghadap kiblat
2. Bacakan Al-Fatihah
3. Selawat 3 kali

 Sapukan sedikit Minyak Anugerah di kedua-dua kening, cuping telinga dan dada sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT

*Bagi pasangan yang sukar mendapat kerjasama suami isteri:- 
Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi.
 Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi


KEPINTARAN ANAK



HARGA : RM48

Minyak Anugerah ini sering digunakan bagi penerang hati anak-anak dan memudahkan pembelajaran. Juga sesuai untuk menyejukkkan hati anak-anak yang semakin liar.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Kepintaran Anak :
1. Berdiri menghadap kiblat
2. Bacakan Al-Fatihah
3. Selawat 3 kali
 Sapukan sedikit Minyak Anugerah di ubun-ubun anak dan diusap kepalanya sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.

 Kemudian dapatkan anak anda menghidu bau Minyak Anugerah kasturi kijang ini sedalam-dalamnya sambil membaca selawat sebanyak 3 kali

Bagi ibu bapa yang sukar mendapat kerjasama anak-anak:
- Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ini ke dalam air mandi mereka 



MENAIKKAN SERI DAN PEMANIS

HARGA : RM48

Minyak Anugerah ini khusus bagi mereka yang ingin berusaha untuk menaikkan seri dan memulih NUR di dalam diri, membuatkan diri disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh.

Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Menaikkan Seri dan Pemanis Diri :
1. Berdiri menghadap kiblat
2. Bacakan Al-Fatihah- Sapukan sedikit Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua telapak tangan sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.

 Disapukan naik dari hujung kaki ke hujung kepala sambil membaca selawat

 Ulangi titisan Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua tapak tangan dan diusap muka dengan arah menaik sambil membaca selawat sebanyak 3 kali

Mandian Seri:- 
Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi
 Pusing air mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi

AMARAN!!!
 Jangan dilangkah Minyak Anugerah ini kerana ianya telah didoakan

PERINGATAN 
Janganlah mensyirikkan Minyak Anugerah ini sebagai keramat atau taksub dengan kesannya, Sesungguhnya kita hanya berusaha berlandaskan ajaran Islam dan dengan keizinan Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan