Ada nak tanya??? Meh contact Kak Roha


SYARAT PEMBELIAN

PENGEPOSAN
- Pengeposan akan dilakukan SEHARI SELEPAS bayaran penuh diterima
( Bayaran yang masuk sebelum jam 6.00 ptg sahaja )
- Bayaran yg diterima selepas jam 6.00 ptg pesanan akan dipos pada HARI BERIKUTNYA (lusa)
- Pesanan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU / PARCEL.
- Selepas Pengeposan, pesanan akan diterima selepas 1-3 HARI utk POS LAJU dan 3-5 HARI utk POS PARCEL dan bergantung pada tempat
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT barangan
(tanya dulu dengan Kak Roha nak tambah berapa RM untuk kos pos ye)
- Kak Roha tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran.
- No. jejak (Consignment No.) akan di beri diatas permintaan sahaja

PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada Kak Roha (sejurus SELEPAS pembayaran dibuat) melalui SMS ke 012-3621376

SMS :-
SILA NYATAKAN

NAMA :-
(NAMA PENUH : perlu sbb kalau brg gagal serah pihak pos perlu pengesahan nama mengikut IC dan nama di Consignment mesti sama dengan nama pihak yg datang tuntut barang

ALAMAT PENGEPOSAN :-
(ALAMAT PENUH : sila pastikan sentiasa ada penghuni waktu siang dan kak Roha tak galakkan guna alamat P.O box sbb tiada orang yang akan sign surat akuterima nanti ... so barang mgkn kene tuntut dekat Pejabat Pos)

NO. H/PHONE :-
(Untuk proses pengeposan)

BARANGAN YANG DIBELI :-
(Contoh : 1 Set Bersalin Nona Roguy)

JUMLAH BAYARAN DAN BANK MANA :-
(Contoh : RM296 Maybank)

Cari Barang

Memuatkan ...

Rabu, 8 Disember 2010

SET BERSALIN ATIKA BEAUTY

SET BERSALIN ATIKA BEAUTY





HARGA : RM250.00


Set Lengkap Bersalin Untuk 40 Hari Ini Mengandungi :-

Jamu Bersalin 1- 300 biji.
Jamu Bersalin 2 - 300biji.
Teh Herba Tampang - 10 paket.
Minyak Herba 100ml.
Minyak Bayi 100ml.
Rempah Pembersih Wanita.
Param.
Tapal.
Pilis.

Khasiat :- 

Jamu Bersalin 1

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.



Cara Penggunaan : 

8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.

Jamu Bersalin 2
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 
8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.

Teh Herba Tampang
Sebagai minuman selepas bersalin.

Cara Penggunaan :
 Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.

Minyak Herba
Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.

Minyak Bayi
Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.

Rempah Pembersih Wanita
Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.

Cara Penggunaan : 
Gunakan produk ini 2 kali sehari. 

Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.

Param 
Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak. 

Cara Penggunaan : 
Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes.
Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.

Tapel 
Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.

Cara Penggunaan :
 Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes.
Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung.

Pilis 
Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata. 

Cara Penggunaan :
Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes.
 Sapukan pada seluruh dahi.

3 ulasan:

  1. kalau sy nk beli param dan pilis sahaja dari set ni boleh ke?

    BalasPadam
  2. Maaf ye dik Hidayah. Kak roha tak jual loose pilis dan param keluaran Atika beauty ye.

    BalasPadam
  3. salam kak roha, saye nk tny brg2 lain selain jamu dan teh utk set ni mmg tahan utk 40hari ke?

    BalasPadam