Ada nak tanya??? Meh contact Kak Roha


SYARAT PEMBELIAN

PENGEPOSAN
- Pengeposan akan dilakukan SEHARI SELEPAS bayaran penuh diterima
( Bayaran yang masuk sebelum jam 6.00 ptg sahaja )
- Bayaran yg diterima selepas jam 6.00 ptg pesanan akan dipos pada HARI BERIKUTNYA (lusa)
- Pesanan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU / PARCEL.
- Selepas Pengeposan, pesanan akan diterima selepas 1-3 HARI utk POS LAJU dan 3-5 HARI utk POS PARCEL dan bergantung pada tempat
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT barangan
(tanya dulu dengan Kak Roha nak tambah berapa RM untuk kos pos ye)
- Kak Roha tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran.
- No. jejak (Consignment No.) akan di beri diatas permintaan sahaja

PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada Kak Roha (sejurus SELEPAS pembayaran dibuat) melalui SMS ke 012-3621376

SMS :-
SILA NYATAKAN

NAMA :-
(NAMA PENUH : perlu sbb kalau brg gagal serah pihak pos perlu pengesahan nama mengikut IC dan nama di Consignment mesti sama dengan nama pihak yg datang tuntut barang

ALAMAT PENGEPOSAN :-
(ALAMAT PENUH : sila pastikan sentiasa ada penghuni waktu siang dan kak Roha tak galakkan guna alamat P.O box sbb tiada orang yang akan sign surat akuterima nanti ... so barang mgkn kene tuntut dekat Pejabat Pos)

NO. H/PHONE :-
(Untuk proses pengeposan)

BARANGAN YANG DIBELI :-
(Contoh : 1 Set Bersalin Nona Roguy)

JUMLAH BAYARAN DAN BANK MANA :-
(Contoh : RM296 Maybank)

Cari Barang

Memuatkan ...

Rabu, 20 Januari 2010

SET BERSALIN NONA ROGUY

SET BERSALIN NONA ROGUY


HARGA PASARAN : RM365.00
Weight : 840 gms
HARGA PROMOSI: RM290.00
Free Pos


Mengandungi : -
PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
 Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
 Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
 Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
 Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
 Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

- PhytoNatal - 90 biji
- Akar Herbanika - 10 paket
- Minyak Herbanika - 100 ml
- Herbanika barut (krim) - 60gm
- Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
- Herbanika Lulur - 100gm



http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif



Minyak Herbanika
260ml


HARGA PASARAN : RM105.00
HARGA PROMOSI : RM95.00

MINYAK HERBANIKA
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi, memperlancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

Dos /cara pengunaan
Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.

Perhatian:
Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut.
Bagi yang bersalin secara pembedahan.
Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif


 Akar Herbanika
30 uncang
Weight : 242 gms


HARGA PASARAN : RM100.00
HARGA PROMOSI : RM90.00

AKAR HERBANIKA
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguat dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan, keletihan dan sakit-sakit sendi.

Dos /cara pengunaan:-

Untuk amalan kesihatan
a)Individu –1 mug setiap kali minum (3 kali sehari )
1-2 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
b) Seisi keluarga-1 mug setiapkali minum (3 kali sehari)
2-3 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan /1 teko air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
c) Minuman penghilang dahaga Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak dan ketidakselesaan kerongkong.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif


Herbanika Barut (Serbuk)
150gm

HARGA PASARAN : RM60.00 
HARGA PROMOSI : RM55.00

HERBANIKA BARUT
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Dos /cara pengunaan
Digunakan dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam 
(sebelum tidur).
1-2 sudu besar serbuk Herbanika Barut digaul dengan 3-4 sudu besar air asam jawa.
Gaul sebati dan masak di atas api yang perlahan sehingga menjadi pes sederhana pekat.
Sapu terlebih dahulu Minyak Herbanika pada bahagian perut serta pinggang diikuti kemudiannya dengan pengunaan Herbanika Barut suam-suam panas sebagai sapuan keseluruhan perut dan pinggang. Kemudian ikat dengan menggunakan kain barut.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif


Herbanika Lulur (serbuk)
150gm

HARGA PASARAN : RM60.00
HARGA PROMOSI : RM55.00

HERBANIKA LULUR
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan kulit.

Dos/cara pengunaan
Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mula lulur seluruh badan seperti berikut:
½ sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida 
(jika perlu)
Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif


Minyak Herbanika
130ml

HARGA PASARAN : RM68.00
HARGA PROMOSI : RM63.00

MINYAK HERBANIKA
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi, memperlancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

Dos /cara pengunaan
Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.

Perhatian:
Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut.
Bagi yang bersalin secara pembedahan.
Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif
Uncang Cuci Herbanika
15 uncang

HARGA PASARAN : RM100
HARGA PROMOSI : RM90.00

UNCANG CUCI HERBANIKA
Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.

Dos /cara pengunaan.
Rendamkan 2 uncang Cuci Herbanika dalam ½ liter air panas mendidih. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba. Boleh masukkan 2 sudu besar garam kedalam air herba. Kemudian tambahkan sedikit air biasa agar kepanasannya tidak melecurkan kulit. Guna airnya untuk mencebok atau mengunakan kapas untuk mencuci alat sulit wanita. Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif


Akar Herbanika
15 uncang

HARGA PASARAN : RM70.00
HARGA PROMOSI : RM65.00

AKAR HERBANIKA
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguat dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan, keletihan dan sakit-sakit sendi.

Dos /cara pengunaan
Untuk amalan kesihatan
a)Individu –1 mug setiap kali minum (3 kali sehari )
  1-2 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
b) Seisi keluarga-1 mug setiapkali minum (3 kali sehari)
2-3 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan /1 teko air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
c) Minuman penghilang dahaga - Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak dan ketidakselesaan kerongkong.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif



PhytoNatal
180 Tablet

HARGA PASARAN : RM205.00
HARGA PROMOSI : RM180.00

PhytoNatal
90 Tablet

HARGA PASARAN : RM140.00
HARGA PROMOSI : RM125.00

PHYTONATAL
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.  Juga membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu  dan menambahkan daya tenaga semasa pantang mahupun bukan dalam berpantang. Mengimbangkan kembali sistem badan. Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.
Dos/Cara pengunaan

Bersalin Normal - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin
Bersalin Pembedahan - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)
 

Dos/Cara pengunaan

Untuk yang Normal Diambil 1-2 tablet sehari sekali.  
Bagi yang sembelit 3-4 tablet sehari sekali



http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif


Krim Herbanika Barut
60gm

HARGA PASARAN : RM55.00
HARGA PROMOSI : RM50.00

KRIM HERBANIKA BARUT

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Dos /cara pengunaan
Digunakan dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam 
(sebelum tidur).

Cara pengunaan: 
Picit sekurang-kurangnya 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan ke sekeliling perut dan pinggang serta bahagian yang dikehendaki. Kemudian ikat dengan mengunakan kain barut.


http://dl4.glitter-graphics.net/pub/1247/1247634ugjywbxzzj.gif

54 ulasan:

  1. Salam kak... saya sangat berminat tentang produk bersalin akak ni. Saya prefer pd NR. bagus ke akak? Saya sedang mengandung anak sulung dan due pada April 2012. Harga promosi NR masih sama ke akak buat masa ni? saya bercadang nak beli hujung bulan ni...lepas dpt gaji..:D

    BalasPadam
  2. maaf akak. tadi ada baca ttg komen seorg wanita yg badannya kecil, tak pernah naik2.. saya tergolong di dalam golongan seperti tu. underweight, tapi mengandung anak sulung. apa pendpt akak? perluk saya pakai NR juga atau set bersalin yg lain?

    BalasPadam
  3. salam dik juliana. Sekiranya adik nak pakai jamu NR...mmg bole dik. Adik hanya perlu makan jamu pil nyer 1 biji je sehari...berbanding dgn mereka yg ingin mnurunkan berat badan semasa dlm pantang perlu makan sehingga 4 biji sehari. Set bersalin lain bole juga dik...cuma set NR ni tak lengkap dengan bengkung, minyak bb dll

    BalasPadam
  4. hai imaznah...mmg betul dik, kadang2 bb tak tahan dengan kepanasan jamu yg mama dia makan. Cara terbaik adik kurangkan jumlah jamu yang dimakan sehingga bb betul2 ok kemudian bolelah ditambah jumlah jamu kekeperluan seharian yg diperlukan. Untuk yang bersalin normal jamu2 digalakkan makan pada hari ke 4 selepas melahirkan ye dik

    BalasPadam
  5. salam..kak roha,sy tgh cari set bersalin..saya berminat set bersalin diantara leesa formula dengan amway..saya nak tanya...:
    1. amway masih lg ke harga promosi dan dapat bengkung free?
    2.brape harga bg set lengkap (c) leesa formula..?
    3.berapa panjang saiz bengkung amway dan leesa formula?bole menutupi hingga ke paras bawah punggung tak?ketinggian saya 152cm...
    4.mana satu lagi bagus?amway ke leesa formula?

    BalasPadam
  6. antara semua set bersalin yg kak roha jual...NR ada lah satu2 set bersalin yg tidak menghampakan pengguna yg ingin merurunkan berat badan semasa dalam tempoh berpantang ye dik...cubalah

    BalasPadam
  7. As Salam Kak Roha,
    1.Set bersalin NR masih harga promosi? Saya tinggal di Seksyen 27 S/Alam, boleh buat penghantaran by hand? mcmana dengan bayaran.

    2.Saya mungkin berpantang sendiri, boleh akak bagi pendapat bengkung yg mana lebih sesuai, mudah dan cepat utk dipakai.
    tk.
    -Rosa-

    BalasPadam
  8. w'salam dik. Set NR masih RM296 dgn pos laju free dik. Kak roha tak buat penghantaran byhand ke tempat pelnggan ye dik. Kalau adik nak datang ambil kat tempat kak roha, bole aja dik. Kalau pos, adik kene bankin RM ke akaun kak roha. Lepas tu SMS nama dengan alamat, kak roha akan pos barang adik ASAP. Untuk bengkung, semua bengkung yang kak roha jual...semuanya mudah digunakan dik. Semua jenis zig zag...macam ikat tali kasut tu...beza bengkung2 tu cuma harga, ukuran dan pengeluar. Kualiti kain...sama je

    BalasPadam
  9. salam k.roha...hrga NR masih dlm promosi lg ke?sy ade beli set lengkap salindah...klu mkn salindah n NR wktu b'pantang bole ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak dah reply melalui sms ye dik

      Padam
  10. salam k.roha, harga masih dalam hrga promosi ker?

    BalasPadam
  11. ye dik...harga sama RM296. Kalau nak sms kak roha ye 012-3621376

    BalasPadam
  12. salam kak roha,
    saya nak order set bersalin NR, tp tggu dpt gaji bln 2 yerk...nk sms x bleh..hset sayer prob.

    su

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. kak sye nak beli set bsalin tpi blh jumpa x..bengkung free ya..sye kat mlk mane sye nak dpat kan ya sye nak dlm mggn ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak set bersalin yg mana dik?? Kalau NR tak ada bengkung ye. Kak roha kat Taman Sri Manja PJ. Kalau nak ambil dalam minggu ni...bole je datang PJ

      Padam
  15. Salam Kak, sy berminat dengan set bersalin NR dan Amway, Amway kerana setnya lengkap, dan NR boleh menguruskan badan dan sembelit. Sy Baru Pegnen Anak sulung, sy nak Tanya,boleh tak nak campur NR dan Amway.tp barang apa yang boleh di Mix kan ye?dan bila campur harga dia berapa?akak boleh cadangkan tak?

    BalasPadam
  16. W'salam dik. Sekiranya adik nak set yang lengkap dan perlu juga untuk membuang air2 yang berlebihan dalam badan serta untuk meredakan sembelit selepas melahirkan kak roha cadangkan adik ambil Set Amway + jamu Phtonatal dari NR. Jamu bersalin NR perlu diambil sekali sahaja sehari. Samada malam atau pagi selepas makan. Selang kan 3 jam untuk pengambilan jamu lain ye dik.

    BalasPadam
  17. SALAM..KALU UNTUK KURUSKAN BADAN MANA ELOK..AMWAY KE NR?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk mengurangkan berat badan ambil set NR ye dik

      Padam
  18. Salam...utk produk amway ade jual jamu lpas bsalin scr asing x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada dik...set amway jual satu set melainkan minyak bb ye

      Padam
  19. salam...mcmna cara nak beli..sy due bln 9..anak sulung

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. Kalau berminat adik bankin RM280 keakaun kak roha...lepas tu sms nama dengan alamat ke 012-3621376. Sblm bankin sms dulu ye...takut tak ada stok.

      Padam
  20. set bersalin nr tahan 44 hari ke

    BalasPadam
  21. salam kak roha,
    sy br bersalin da masuk 5hari. sy gunakan produk amway..alhamdulillah,setakat hari ni semuanye ok.sy ada bercdang nak ambil phytonatal..tp kak roha kata kn ambil pil phytonatal pd hari ke lima berpantang..sekiranya sy terlewat ambil pil NR tu masih ok ke utk turunkan berat badan?dan sy ambil set amway ada yg terlewat sehari dua..masih ok ke sekiranya terlajak hari?

    BalasPadam
  22. salam kak roha, saya nak tanya jika herbanika lulur yang 100gm ader ker & brape harganya?

    BalasPadam
  23. salam akk..nk tanya set NR ni masih dlm harga promosi ke?igt nk beli lah

    BalasPadam
  24. slm kak roha..sy bercdg nk beli set bsalin NR..kalu nk tmbh ngn bengkung bp rm perlu tmbh n total bp?sy due on disember ni..)

    BalasPadam
  25. akak, boleh citer set amway + rm sekali??

    BalasPadam
    Balasan
    1. SET BERSALIN NI TERDIRI DARI :-

      Produk untuk Dimakan terdiri dari Teh Herba (10 uncang), Pil Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran/herba, Pil Lepas Bersalin 2 (8o kapsul sayuran/herba)Manakala produk-produk untuk Kegunaan Luaran terdiri dari Herba Pembersih Wanita (20 uncang, Herba Mandian (20 uncang),Campuran Peramping Perut (20 paket),Campuran Penghangat (15 paket), Campuran Penenang (15 paket),Minyak Urut Herba (60 ml) dan Minyak Bayi (60 ml) Harga RM280 dengan pos

      Padam
  26. salam kak roha, nak minta pndapat sikit ni.saye due ujung bulan 10 ni, dah bli set hpa, perlu ke sy beli gak produk NR.bukan pe, takut berat bdan lambat trun je.ni 1st time guna hpa.n ni anak ke 3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf dik...untuk set HPA kak roha tak jual, jadinyer kak roha tak tau samada produk ni boleh membantu untuk menurunkan berat badan atau tak. Untuk set NR mmg dah terkenal untuk membantu ibu2 menurunkan berat badan samada dalam tempoh berpantang atau selepas pantang. Kalau adik rasa perlu untuk menurunkan berat badan, jamu phytonatal dari NR adik bole ambil untuk membantu masalah itu. Jarakkan 3 jam ye antara jamu masa makannyer.

      Padam
    2. maksud kak roha ni, saya boleh campur mkn set nr dgn set hpa la ye?lg 1 set nr ada tak yang sapu kat dahi , takut nnti kan pening2 ke time pantang.ke yg original param or pilis lg elok?klu ikutkan saya xtahan guna yg serbuk2 ni, bila dia kering, yg buat xtahan tu, lgpun ade sejarah asma pegnen yg lepas.

      Padam
    3. bole dik...cuma jarakkan masa antara jamu. Kalau pilis jenis cecair keluaran sari ayu ada RM15 sebotol. Hanya tuang dan sapu.

      Padam
    4. kak roha ada jual sabun untuk hilangkan kesan-kesan hitam mase pegnen tak?yang pilis sari ayu ni ada gambar tak?saya dah cari dalam blog akak ni, tp xjumpe la pulak

      Padam
    5. Kesan hitam tu mmg ambil masa nak cerah dik. Cuma adik perlu sental hari2 dengan spa skrub ... macam keluaran eriesya. Untuk pilis tu...gambar tak de kat blog kak roha. Adik bole tengok kat internet cari set bersalin sari ayu...botol pilis tu sama botol dalam set tu

      Padam
  27. Kak roha...phytonatal ni blh di makan x kalau bukan utk lepas bersalin? Misalnya utk kuruskan bdn ke? Coz dulu masa anak last dh makan set ni tp dah lama jgk laa...about last 3 yrs. So skrg bercadang nk kecikkan bdn balik. Ke ada produk nr lain utk kuruskan badan ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dik...selain menurunkan berat badan, jamu ni juga membantu memelihara kesihatan dalaman kita

      Padam
  28. saya tengah mengandung anak ke 3... dan akan bersalin secara operation.. boleh saya makan jamu NR nie?. hari ke berapa saya boleh start makan jamu nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersalin Pembedahan - Disyorkan mengambil tablet pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)

      Padam
  29. Salam k roha.. sy nk tnya pendapat akk, ant set bersalin NR, amway dan dherbs.. mane yg terbaik? Sy mcm berminat set bersalin dherbs, tp sy xjmpe byk review psl produk tu.. sy takut klu set yg byk item nnt xterpakai plak.. harap kak roha dpt bantu sy.. sy dijangka bersalin ujung bulan 2.. dan produk tu sesuai x klu2 bersalin secara czer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara Set NR, amway dan dherbs yang paling ramai ambil set NR dan Amway. Set NR nie mmg bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi tak lengkap lah...set nie tak ada bengkung. Set Amway plak set lengkap dengan bengkung. Set nie tak panas...sesuai untuk mereka yang cari jamu yang tak panas. Jamu nie juga sesuai untuk menghalang baby dari terkena kuning (bkn 100% cfm ye)Set dherbs plak, set nie lengkap dengan bengkung dan tungku. Jamu nie baru je dipasaran. Sambutan, Alhamdulillah menggalakkan...testimoni pasal jamu nie agak kurang sbb jamu nie baru dipasarkan, dan pengguna tak berapa ramai lagi. Semua jamu sesuai untuk mereka yang bersalin secara normal ataupun pembedahan ye. Sesuai yang mana, ikut kesesuaikan pemakai ye dik.

      Padam
    2. Kak, kalau set NR ni.. sy kne tmbah beli pilis, mandian herba dan tungku ke? Bengkung sy dh ada, mk sy buatkn gne kain 10m..lg satu kak roha, minyk telon dr NR ada x? Sy ada terbaca NR ada minyk berubat mustajab/minyk berubat herba.. akak ada jual skali ke?

      Padam
    3. Hai Linde, Pilis, mandian herba dan tungku mmg kene beli asing dari keluaran lain. Set NR mmg tak de semua tu. NR pun tak ada bengkung ye dik. Minyak telon bb pun tak ada. Adik boleh beli asing semua tu dari jenama lain. Minyak berubat mnustajab NR akak ada jual dik. Harga RM33

      Padam
    4. Owh ok kak.. dh phm.. tq kak..

      Padam
  30. Salam..betul ke produk NR ni sesuai untuk mereka yg ada ketumbuhan didalam rahim..saya sedang mencubanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. Maaf dik, untuk masalah ini sebaikknya adik rujuk kepada yg pakar ye. Kak roha tidak dapat membantu

      Padam
  31. Salam kak..Sy tgh cari set bersalin utk wife sy (due 12/9/13)..adik perempuan sy cadangkan set NR ni..adik pun guna set NR ni...sy tinggal di kuching,sarawak. Berapa harga set ni termasuk kos penghanyaran?t.kasih kak

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. salam puan roha,
    Minyak Herbanika NR yg 260ml tu sekarang berapa ye harga dia? kos pos mcm mana pula? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak Herbanika 260ml
      HARGA PASARAN : RM105.00
      HARGA PROMOSI : RM95.00

      Kos pos RM7

      Padam