Ada nak tanya??? Meh contact Kak Roha


SYARAT PEMBELIAN

PENGEPOSAN
- Pengeposan akan dilakukan SEHARI SELEPAS bayaran penuh diterima
( Bayaran yang masuk sebelum jam 6.00 ptg sahaja )
- Bayaran yg diterima selepas jam 6.00 ptg pesanan akan dipos pada HARI BERIKUTNYA (lusa)
- Pesanan akan di pos menggunakan khidmat POS LAJU / PARCEL.
- Selepas Pengeposan, pesanan akan diterima selepas 1-3 HARI utk POS LAJU dan 3-5 HARI utk POS PARCEL dan bergantung pada tempat
- Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT barangan
(tanya dulu dengan Kak Roha nak tambah berapa RM untuk kos pos ye)
- Kak Roha tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam proses penghantaran.
- No. jejak (Consignment No.) akan di beri diatas permintaan sahaja

PEMBAYARAN
Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada Kak Roha (sejurus SELEPAS pembayaran dibuat) melalui SMS ke 012-3621376

SMS :-
SILA NYATAKAN

NAMA :-
(NAMA PENUH : perlu sbb kalau brg gagal serah pihak pos perlu pengesahan nama mengikut IC dan nama di Consignment mesti sama dengan nama pihak yg datang tuntut barang

ALAMAT PENGEPOSAN :-
(ALAMAT PENUH : sila pastikan sentiasa ada penghuni waktu siang dan kak Roha tak galakkan guna alamat P.O box sbb tiada orang yang akan sign surat akuterima nanti ... so barang mgkn kene tuntut dekat Pejabat Pos)

NO. H/PHONE :-
(Untuk proses pengeposan)

BARANGAN YANG DIBELI :-
(Contoh : 1 Set Bersalin Nona Roguy)

JUMLAH BAYARAN DAN BANK MANA :-
(Contoh : RM296 Maybank)

Cari Barang

Memuatkan ...

Rabu, 13 Mei 2009

SET BERSALIN NYONYA MANEER

SET BERSALIN NYONYA MANEER




Jamu Serbuk
HARGA LAMA: RM80.00

Jamu Pil
HARGA LAMA : RM85.00


HARGA TERKINI : RM110.00 
FREE POS

Set ini mengandungi:-
1. Pil Jamu No. 1
2. Pil Jamu No. 2
3. Pil Jamu No. 3
4. Pil Jamu No. 4
5. Pil Jamu No. 5
6. Parem
7. Pilis
8. Tapel
9. Minyak Telon

Pil Jamu No. 1
 Diambil pada hari pertama hingga ke-10 selepas bersalin.
 Membantu melancarkan pengeluaran darah nifas, memelihara kesihatan rahim dan membantu meredakan rasa mulas di dalam perut.

Pil Jamu No. 2
 Diambil pada hari ke-10 hingga ke-17 selepas bersalin.
 Membantu memelihara kesihatan rahim, membantu meredakan mulas di dalam perut dan melancarkan buang air besar.

Pil Jamu No. 3
 Diambil pada hari ke-17 hingga ke-24 selepas bersalin.
 Membantu mengurangkan lendir yang berlebihan dan bau yang kurang enak pada bahagian sulit wanita.
 Membantu meredakan sakit kepala.

Pil Jamu No. 4
 Diambil pada hari ke-24 hingga ke-30 selepas bersalin.
 Memelihara kesihatan, membantu menaikkan selera makan dan membantu meringankan kesukaran untuk tidur.

Pil Jamu No. 5
 Diambil pada hari ke-30 hingga ke-38 selepas bersalin.
 Membantu memelihara kesihatan rahim, membantu mengurangkan lemak dalam tubuh dan membantu menurunkan berat badan.

Parem Habis Bersalin
Parem ini dipakai untuk membuang angin dalam badan dan bengkak, menguatkan urat-urat serta memperbaiki peredaran darah. Gosokkan di badan, kaki atau tangan.

Pilis Singgul
Pilis ini baik supaya mata menjadi terang dan mengurangkan rasa pening.

Tapel Sirih 1
Tapel ini baik untuk wanita setelah bersalin 7 hari. Ia dapat mengubati rasa mulas dan angin di dalam perut, serta menghaluskan, menyegarkan dan menyihatkan kulit.

Tapel Sosok 1
Tapel sosok baik untuk wanita setelah bersalin 17 hari. Ia dapat membuang angin di dalam perut, melangsingkan badan, menghaluskan, menyegarkan dan menyihatkan kulit.

Tapel Ratus 1
Digunakan selepas 30 hari bersalin supaya perut menjadi kempis dan halus seperti biasa.

Minyak Telon
Minyak ini berguna untuk memberikan rasa hangat kepada bayi anda. Ia juga untuk mencegah perut bayi daripada kembung dan masuk angin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan